Terdapat beberapa jenis endod alat dalam telekomunikasi seperti komputer, printer, scanner, dan lain-lain. Kesemua endod ini disusun mengikut topologi dan protokol yang besesuaian mengikut keadaan tan tempat. Topologi rangkaian terbahagi
kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.Topologi terdiri daripada beberapa jenis iaitu :
Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer
tersebut disambungkan secara pemetaan.
- Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals).
- Topologi logikal merupakan kaedah yang digunakan
untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan
satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.
Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki
TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)
Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak
utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di
dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang
menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula
serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung
awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer
peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain.
Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung
kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang
menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk
KAEDAH TOPOLOGI LINEAR BAS BEKERJA
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan
kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai
alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama
lain.
Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain,
pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa
tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan
menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada
penghantar-terima, biasanya pada kad tambah.
Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri. Penghantar-terima
akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua
nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat
destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat,
data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas
memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana
mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila
nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data,
memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan
menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian
daripada mesej.
Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di
antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan
bergerak sepanjang bas oleh penghantar.Penghantar pertama yang mengesan
perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya
semua nod akan tahu rangkaian telah disekat.
Penghantaran dari semua nod
akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa
sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang
sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan
mesej nod lain.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS
Kebaikan Linear Bas
1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuahtopologi Linear Bas.
2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.
Kejurangan Linear Bas
1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian
tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal
berfungsi.
2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem rangkaian itu gagal berfungsi.
4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.
TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)
Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak
popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang
seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan
kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server).
Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk
topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang
serius. Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat
pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa
serta menggemari topologi ini.
Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya
dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai
hab. Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai
penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala
komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut
akan bersambung pula kepada hab. Kaedah serta fungsi topologi ini
beroperasi juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi topologi bas.
Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian
tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada
hab. Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar
secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi ini
juga agak stabil serta mudah diurus.
Oleh kerana ia berteraskan kepada penggunaan hab, kerosakan pada
mana-mana nod serta komputer peribadi tidak akan memberikan kesan kepada
keseluruhan rangkaian tersebut. Namun, jika ada masalah pada hab anda,
alamatnya bermasalahlah rangkaian tersebut.
KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA
Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan
kepada satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem seperti
ini, semua komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak ke
satelit jauh yang sesuai. Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian
disambungkan kepada talian secara berasingan, kesemua nod-nod tersebut
akan menghala ke hab yang sama atau ke stesen pusat. Stesen pusat
lazimnya mengandungi suis untuk menyambungkan sebarang talian dengan
sebarang talian yang lain.
Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej itu hendak
ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke pusat stesen. Walau
bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk mengeluarkan
mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya akan meninjau setiap
nod yang disambungkan kepadanya dengan tetap dan teratur.
Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen turut
berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar. Bagi
mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut,
stesen pensuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej
melalui suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu giliran
sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH
Kebaikan Topologi Bintang
1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)
2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal disambung atau dialih.
3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.
Kekurangan Topologi Bintang
1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untukmenjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas keranamelibatkan kos concentrators yang agak mahal.
4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeran.
TOPOLOGI GELANG TOKEN (TOKEN RING) ATAU BINTANG CECINCIN (STAR-WIRED RING)
Jenis topologi ini tidak begitu popular sebagaimana topologi bas
dan topologi bintang. Rangka reka bentuknya seolah
menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer
peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod
seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya.
Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada
rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika
sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian
tersebut tidak akan dapat berfungsi. Walaupun topologi ini seakan-akan
ada persamaan dengan topologi bas, namun ia juga mempunyai perbezaannya
yang tersendiri.
Di antara perbezaanya ialah kaedah mesej serta isyarat dihantar. Jika
topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala, topologi ini
pula menghantar secara sehala. Ini bermakna ia akan melalui setiap nod
serta komputer peribadi yang terdapat di dalam rangkaian tersebut
sehingga sampai kepada komputer destinasi.
Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang
selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan
rangkaian menggunakan topologi-topologi yang lain. Namun ia tidaklah
sebegitu digemari kerana adalah sukar untuk menambah upaya sesebuah
rangkaian yang menggunakan topologi seumpama ini.
BAGAIMANA TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN BEKERJA
Rangkaian gelang ini terdiri daripada beberapa sistem komputer yang
berpaut secara bersiri di antara satu sama lain, tanpa komputer hos
pusat. Komunikasi hanya boleh dilakukan secara terus antara
sistem-sistem satelit. Semua nod pada rangkaian gelang token
disambungkan kepada litar yang sama, yang membentuk gegelung selanjar.
Token, yang mengandungi mesej pendek (walaupun semuanya kosong), beredar
secara berterusan di sekeliling gegelung dan dibaca melalui kad
penyesuai gelang token pada setiap nod ketika token lalu.
Nod yang hendak menghantar mesej menyambar token semasa ia lalu, dan
mengubah kod perduaan di dalam token untuk mengumumkan bahawa ia sedang
digunakan. Ia turut menyertakan mesej nod bersama-sama dengan alamat nod
yang ditujukan dan kod pemeriksaan ralat. Hanya satu mesej sahaja pada
setiap kali perjalanan yang boleh diedarkan pada rangkaian.
Disebabkan rintangan elektrik yang merupakan sebahagian daripada
sebarang litar akan secara beransur-ansur menghilangkan token dan
mesejnya yang disertakan, setiap nod mengandungi pengulang yang menjana
semula keseluruhan mesej untuk mengekalkan kekuatan dan integriti
data.Setiap nod akan memeriksa token semasa ia berlalu untuk melihat
sama ada token mengandungi alamat nod. Mesej yang dimaksudkan untuk nod
membuat salinan mesej dan kemudian meneruskan penghantarannya di
sepanjang gelang. Mesej akhirnya kembali ke nod asal, yang kemudian
membuang mesej tersebut dan mengembalikan isyarat, yang mana kesemuanya
kosong sama seperti keadaan asalnya.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN (TOKEN RING)
Kebaikan Gelang Token
Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
1. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
2. Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk mengasingkan perkakasan yang berkenaan.
Kekurangan Gelang Token
1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga
turut gagal< berfungsi. Walaupun Topologi Gelang Token kelihatan
serupa pada zahirnya dengan topologi bintang, namun begitu sebenarnya
Topologi Gelang Token telah dilengkapi dengan MAU ( multistation access
unit) yang mengandungi kabel dan pendawaian yang membenarkan topologi
ini menghantar informasi atau maklumat dari satu peranti ke satu peranti
yang lain di dalam bentuk bulatan (in a circle).
Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari
topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan
stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang
menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk
topologi bas.
Topologi Pepohon ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan
bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan
sekolah-sekolah menyelaraskan satu rangkaian yang memenuhi kehendak
mereka.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON (TREE)
Kebaikan Topologi Pepohon
1. Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama lain.
Kekurangan Topologi Pepohon
1. Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabelyang digunakan.
2. Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan,
keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
3. Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan
topologi-topologi yang lain. ATURAN 5-4-3Satu perkara yang perlu
dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui
penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek di dalam
protokol
Ethernet memerlukan satu isyarat dihantar keluar melalui kabel
rangkaian dan melalui setiap bahagian di dalam rangkaian di dalam
jangkamasa yang spesifik. Setiap concentrator atau pengulang (repeater)
yang dilalui oleh isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi. Ini
membawa kepada penetapan di mana, apabila terdapat dua nod di dalam
rangkaian, hanya sebanyak 5 segmen sahaja yang dibenarkan pada tahap
maksima.Kemudian, 5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang
(repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada
segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat daripada
kabel koaksial.
Satu perkembangan segmen bermaksud satu segmen yang mengandungi satu
atau lebih nod yang disambungkan kepadanya. Walau bagaimanapun,
peraturan ini tidak boleh diikuti oleh protokol rangkaian yang lain
atau protokol Ethernet bila mana kesemua kabel yang digunakan adalah
kabel fiber optik. Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh
organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat
yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka
dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja.
Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi
daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian
hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam
komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini
boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.