Wednesday 29 February 2012

PELAJARAN HARI INI

Apa yang kita lakukan pada hari ini adalah suatu pelajaran yang kita tidak sedari. Cuba lihat dan ingat kembali pelajaran semalam, adakah ia sama dengan hari ini? Begitu juga dengan hari esok. Ia sentiasa berbeza antara setiap suatu.

Tuesday 28 February 2012

PESAN ITU

MASIH INGAT LAGIKAH ANDA AKAN PESAN ITU? SEBELUM KITA MELANGKAHKAN KAKI KELUAR DARI RUMAH IBU DAN AYAH ADA MEMESAN BEBERAPA PERKARA SUPAYA IA DISEMAT DI DALAM HATI DAN INGATAN. "JAGA DIRI BAIK-BAIK, JANGAN LUPA SOLAT, BUAT BAIK PADA ORANG, JANGAN LUPA KIRIMKAN KHABAR BERITA PADA IBU DAN AYAH NANTI".


MASIH INGATKAH PESAN ITU? SETIAP ANAK TIDAK AKAN ELAK DARI MENDENGAR PESAN IBU DAN AYAHNYA SEBELUM MEREKA MELANGKAHKAN KAKI KELUAR DARI RUMAH. BAGI MEREKA YANG KELUAR MENCARI ILMU ALANGKAH BAIKNYA JIKA DISEMAT KEMAS DALAM HATI DAN INGATAN MEREKA AKAN PESAN ITU. KERANA DALAM MENCARI ILMU IA SUDAH BERADA PADA SATU LANDASAN JIHAD KERANA ALLAH S.W.T.. 

JANGAN LUPAKAN PESAN IBU DAN AYAH, KERANA MEREKA AKAN SENTIASA MENDOAKAN AKAN KESEJAHTERAAN DAN KEBAIKAN UNTUK ANAKNYA. KASIH IBU HINGGA KE SYURGA, KASIH AYAH BERKORBAN RAGA. 

SALAM.







MULAKAN BICARAMU DENGAN UCAPAN SALAM. DENGAN MENGUCAP SALAM KAMU MENDOAKAN SEJAHTERA KEPADANYA, APABILA DIA MENYAHUTNYA MAKA DIA MENDOAKAN SEJAHTERA KEPADA KAMU. SALAM TIDAK DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN, OLEH SEBAB ITU IA DIGALAKKAN UNTUK MENGUCAP, MEMBERI DAN MENGIRIM SALAM.