Sunday 6 May 2012

E-MAIL

Apa itu email?

E-mail adalah surat /mel yang dilakukan secara elektronik tanpa menghantar dalam bentuk hardcopy daripada pemgirim kepada pemerinanya.

Perbezaan Pos, E-mail
 
 PERKARA
POS
EMAIL
Masa
Lambat
Cepat
Kos
Sederhana 
Rendah
Kuantiti
Tidak terhad
Terhad
Keselamatan 
Tinggi
Sederhana


Email memerlukan
a. Email address / akaun email
b. User name
c. Server


PENGGUNAAN POP, HTTP, IMAP

POP- Post Office Protocol
Beroperasi seperti perkhidmatan pos, ia hanya terima, mengasing, menghantar kepada penerima tanpa membuat salinan pada server. Apabila email dibuka pada satu-satu tempat ia akan di muat turun dan disimpan pada PC berkenaan dan hanya boleh dilihat pada PC berkenaan sahaja dan tidak boleh diakses di lain-lain tempat

HTTP - Hypertext Transfer Protocol
Sebuah protokol jaringan lapisan aplikasi yang digunakan untuk sistem informasi, perhubungan menggunakan hipermedia. penggunaannya banyak pada penganmbilan sumber data yang saling terhubung dengan pautan, yang disebut dokumen hypertext yang berbentuk Word Wide Web.


IMAP -Internet Message Access Protocol
Beroperasi seperti POP tetapi mempunyai kelebihan dengan membuat salinan pada sever. Pengguna boleh mengakses semula e-mail  pada bila-bila masa dan di mana jua, berbanding berbanding dengan POP.

Virus 
Virus email atau komputer adalah satu program yang telah dibuat begi pmemberi implikasi sendiri dan mejangkiti  sesebuat komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada komputer.

Cara berjangkit
a. Melalui rangkaian internet - melalui muat turun data dari laman web yang diragui keselamatanya, dan email merupakan medium pembikan virus dalam komputer.
b. Melalui disk media - penggunaan disket untuk berkongsi data komputer memboleh kan virus menyelinap masuk ke dalam komputer.
Junk Mail
Junk mail merupakan mail yang tidak berkaitan atau tidak diperlukan yang dihantar ke alamat e-mail penerima. Ia juga dikelaskan sebagai sampah dalam e-mail. Biasanya ia dihantar daripada syarikat perniagaan, pertubuhan atau  perseorangan bagi mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan. Ini terjadi dari rentetan kita mengisi sebarang borang yang memerlukan e-mail.

SPAM
SPAM juga boleh dianggap seperti Junk mail. Ia dihantar dengan kuantiti yang banyak pada orang lain, cth surat berantai yang boleh menyebabkan kotak mail penuh dan rosak.

Anti Spam 
a. Jangan sesekali sertakan alamat email ke laman web yang tidak tahu tahap keselamatan
b. Gunakan alamat email yang luar biasa
c. Jangan sesekali membalas email spam 
d. Gunakan alamat email palsu untuk tujuan pengesahan sebelum meneruskan urusan seterusnya