Saturday, 31 March 2012

ELEMEN KOMUNIKASI

Elemen Dalam Komunikasi

a. Manusia / People
b. Peraturan / Prosedur
c. Data / Information
d. Perkakasan / Hardware
e. Perisian / Software
f.  Komunikasi / Connectivity


Manusia 
  •  Manusia merupakan pembangun dan pengguna komputer.
  •  Merupakan elemen penting dalam komunikasi.
  •  Manusia membina, menganalisis, dan membangunkan sistem.
  •  Manusia mengoperasikan komputer.
Peraturan (Procedur)  
  •   Adalah satu set arahan untuk melakukan sesuatu tindakan.
  •   Ia merangkumi turutan arahan, masa, dan lain-lain lagi 
  •  Prosedur merupakan spesifikasi tindakan atau operasi bagi sesuatu proses
 Data
  • Data merupakan simpanan maklumat dalam sistem komputer menggunakan aplikasi untuk melengkapkan arahan atau tindakan.
  • Ia mempersembahkan fakta, konsep, atau panduan yang bersesuaian untuk komunikasi, tafsiran, atau proses yang berkaitan. 
  •  Data diukur dalam unit;
i.                     Bit
ii.                   Byte
iii.                  Kilobyte (KB)
iv.                 Megabyte (MB)
v.                   Gigabyte (GB)
vi.                 Terabyte (TB)

Perkakasan (Hardware)
  • Perkakasan (hardware) merupakan bahagian fizikal kepada system komputer.
  • Asas operasi sesuatu sistem komputer adalah :IPOSC
i.                     Input
ii.                   Proses
iii.                  Output
iv.                 Stograge (simpanan)
v.                   Communication

Perisisan (Software) 
  • Perisisan merujuk kepada turutan arahan yang mengawal fungsi komputer.
  • Arahan yang dilaksanakan oleh komputer.
  • Software merupakan program, data, protocol.
  • Program komputer adalah himpunan semua arahan untuk melaksanakan suatu tindakan oleh komputer.

Kommunikasi
  • Komunikasi adalah perhubungan antara dua atau lebih pihak. 
  • Komunikasi merupakan penghantaran / perpindahan data (data elektronik).
  • Penukaran antara data analog ke digital, digital ke analog.   

Sunday, 18 March 2012

KEHEBATAN AIR







Air. Kenapa dengan air? Ada apa dengan air?
Pernah terjadi pada seseorang sebagai pengalamannya dengan air. Beliau terlibat dengan kemalangan motosikal yang menyebabkan kelilangan ingatan sebentar. Kisah ini diceritakan oleh saksi yang membantu kepada ibunya.
Beliau dibantu dengan dibawa oleh saksi tersebut kerumahnya. Semasa di rumah tersebut beliau ditanya "siapa nama, tinggal dimana, macam mana kejadian berlaku", tetapi jawapannya hanya dengan gelengan kepala dan kata "tidak tahu". Beliau meminta air kosong untuk minum, bukan satu tetapi enam gelas air kosong dimimunnya. Selepas beberapa ketika barulah dia menjawab pertanyaan tadi. Beliau menyatakan dia tidak ingat dan tidak tahu segalanya dan hanya ingat apa yang dikatakan oleh guru di sekolah bahawa air kosong mengandungi oksigen dan dapat mengembalikan ingatan kepada otak sekiranya kita lupa ingatan. Ini menunjukkan bahawa oksigen adalah penting kepada otak. Ia memberikan kekuatan dan mengembalikan semula ingatan kepada otak dengan kuasa Allah S.W.T.. Saya yang mendengar kisah ini turut mengambil pengajaran dari kisah ini, dan berharap kepada saudara saudari yang membacanya juga begitu. Oleh yang demikian ingatlah kita semua, bahawa jangan biarkan sesekali tubuh badan kita kekurangan air, kerana ia juga boleh mengundang perkara yang tidak diingini kepada tubuh badan kita.

Saturday, 17 March 2012

TELEKOMUNIKASI

Seperti yang kita tahu kumunikasi merupakan cara kita berhubung dengan orang lain bagi menyampaikan sesuatu maklumat.Dari dahulu lagi pelbagaia cara digunakan untuk menyampaikan maklumat, ada yang menggunakan meggunakan haiwan, api dan sebagainya sebagai perantara untuk menyampaikan maklumat. Tetapi kini ia berubah mengikut situasi dan peredaran zaman. 

Perkembangan dunia hari ini menyaksikan perubahan yang pesat dalam teknologi telekomunikasi. Pelbagai inovasi telekomunikasi telah dihasilkan bagi memudahkan interaksi antara manusia. Ia adalah lebih pantas yang boleh menjangkaui ruang masa dan tempat tanpa sebarang halangan.  

Gabungan teknologi dan komunikasi pada masa kini, telah membaawa manusia ke alaf dan abad yang baru. Kiranya dahulu kita berhubung, menghantar maklumat menggunakan perkhidmatan telegraf dan menulis surat, tetapi kini perbezaan itu sudah dapat dilihat dengan adanya telefon mudah alih yang canggih dengan pelbagai aksesori yang terdapat padanya. ia bukan sahaja boleh bercakap dan menghantar mesej, malahan juga boleh melayari internet hanya dari telefon tanpa membuka komputer.