Air. Kenapa dengan air? Ada apa dengan air?
Pernah terjadi pada seseorang sebagai pengalamannya dengan air. Beliau terlibat dengan kemalangan motosikal yang menyebabkan kelilangan ingatan sebentar. Kisah ini diceritakan oleh saksi yang membantu kepada ibunya.
Beliau dibantu dengan dibawa oleh saksi tersebut kerumahnya. Semasa di rumah tersebut beliau ditanya "siapa nama, tinggal dimana, macam mana kejadian berlaku", tetapi jawapannya hanya dengan gelengan kepala dan kata "tidak tahu". Beliau meminta air kosong untuk minum, bukan satu tetapi enam gelas air kosong dimimunnya. Selepas beberapa ketika barulah dia menjawab pertanyaan tadi. Beliau menyatakan dia tidak ingat dan tidak tahu segalanya dan hanya ingat apa yang dikatakan oleh guru di sekolah bahawa air kosong mengandungi oksigen dan dapat mengembalikan ingatan kepada otak sekiranya kita lupa ingatan. Ini menunjukkan bahawa oksigen adalah penting kepada otak. Ia memberikan kekuatan dan mengembalikan semula ingatan kepada otak dengan kuasa Allah S.W.T.. Saya yang mendengar kisah ini turut mengambil pengajaran dari kisah ini, dan berharap kepada saudara saudari yang membacanya juga begitu. Oleh yang demikian ingatlah kita semua, bahawa jangan biarkan sesekali tubuh badan kita kekurangan air, kerana ia juga boleh mengundang perkara yang tidak diingini kepada tubuh badan kita.
No comments:
Post a Comment